Wednesday, March 25, 2009
hai...i'm back...wahhh dapat menghirup udara yang segar di bumi Malaysia...kalau di hitung banyak sebenarnya kelebihan Malaysia yang tercinta dan zana begitu bersyukur sangat...namun tak salah melihat kelebihan negara luar kan...percutian yang telah dirancang untuk ke negara jiran iaitu Indonesia telah dibuat akhir tahun lepas....kami pergi seramai 12 orang dan flight kami sampai di airport Jakarta pada pukul 8 malam...percutian kami selama 4 hari dan 3 malam yang bermula 21 hingga 24 mac 2009..sesampai sahaja di airport kami telah dijemput oleh supir yang telah ditempah untuk membawa kami berjalan-jalan di Jakarta dan Bandung...tapi awal-awal lagi kami dah sesat kerana supir yang ditugaskan tiada...rupa-rupanya supir tersebut sudah bertemu ahli rombongan yang lain...kami terus bertolak ke Bandung dari Jakarta yang memakan masa selama 3 jam lebih untuk ke Bandung...semasa dalam perjalanan apa lagi kami perlu juga mengisi perut yang telah lapar...supir kami telah membawa kami menikmati makanan ala nasi padang gitu...wah lumayan sih...akhirnya kami sampai di hotel lebih kurang pukul 12 lebih...apa lagi tak banyak cakap masing-masing keletihan terus masuk zzzzzzzzzzz.....pepagi lagi dah bangun sebab tak biasa dengan masa di sana yang lewat satu jam...kami bersarapan dahulu sebab nak tunggu yang lain lambat...makanan di situ kurang masyuk ler...tapi makan juga sebab lapar...lepas makan zana n kak sue terus ke luar pagar sementara menunggu yang lain tengah sarapan...rupanya pepagi lagi dah ada peniaga yang berniaga di hadapan hotel kami...banyak juga yang dijual t-shirt,bag sembahyang,keychain,pen ,kain batik dan banyak lagi....zana pun apa lagi memang pantang tengok...terus beli t-shirt dan bag....lepas semua dah siap kami bertolak ke rumah ebo untuk berjumpa pak sani yang menguruskan perjalanan kami iaitu hotel dan pengangkutan..sesampai sahaja terkejut kami kerana peniaga yang di hotel kami telah mengikut kami....rumah ebo merupakan penginapan ala-ala guest house yang nyaman gitu..sebenarnya kami sepatutnya tinggal di situ..namun memandangkan cuti sekolah maka tempat tersebut telah penuh...kami masih menanti pak sani...alangkah terkejutnya kami bila pak sani muncul kerana kami beranggapan pak sani tua ala-ala bapak kita orang tapi.sebaliknya..hensem dan muda gitu...kak sue yang terkejut terus tanya dah kawin ker belum.?.hehehehe...namun pak sani senyum ajer cover beb...sesudah berbincang kami meneruskan sesi penjelajahan ke factory outlet...memandangkan kami tiba awal maka kebanyakkan factory outletnya masih tutup...namun atas dasar kesungguhan kami untuk menghabiskan duit.. supir kami pak Dandan telah meminta factory tersebut dibuka...kami pun yang masing-masing digelar jutawan (maklumlah tukar matawang dalam juta) mula menyerbu premis tersebut...banyak barang yang cantik dan murah di sana...tapi tak beli sebab takut menyesal kerana banyak factory outlet yang lain belum diterokai...kak sue setiap kedai dia beli..kami telah merancang untuk perjalanan hari kedua ini hanya pergi ke factory outlet aja...sedang kami sibuk memilih barang kulit di area cibaduyut hujan mula mengganas dan menyebabkan banjir kilat....sesudah kepenatan kami singgah untuk menjamu selera di restaurant yang menghidangkan makanan sunda...banyak lauk yang terhidang di samping pelayan yang ayu lagi jelita...namun makanannya langsung tak memenuhi selera....sesudah makan kami dah mula bertolak balik kerana semua sudah kecapet'an......malam tersebut kami singgah di restaurant de cost yang menyediakan makanan bertaraf lima bintang namun harga tahap kaki lima...kami pun apa lagi order ler makanan yang best2.....masing-masing kekenyangan dan berpuas hati...lepas tu kami tak berjalan2 kerna nak kumpul tenaga untuk esok harii...kami terus baklik dan zzzzzzzzz.....memandangkan kami dimaklumkan bahawa pasar baru dibuka pada pukul 10am Malaysia maka kami pun relax dulu di Hotel...namun zana n kak sue dah cabut g kedai gambar untuk mencuci gambar...kami juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan mesin gambar yang harganya lebih muranh jika dibandingkan di sini...penat juga kami bergaya...hahhahah...sedar tak sedar kami telah terlewat.. apa lagi marah ler rombongan lain...kami bertolak ker pasar baru yang ketinggiannya mencecah 9 tingkat rasernya...sesampai sahaja kami terus memulakan shopping namun kami tak tahu nak mulakan dari mana kerana kelabu mata oleh banyak barang yang menarik...kami berhenti shopping untuk memberi laluan kepada perut yang telah memainkan 10 lagu keroncong...kami pergi ke food court di tingkat atas...wah makanan kat sini lumayan kerana boleh pilih yang mana suka...zana makan nasi goreng n ayam penyek serta jus strawbery yang harganya rp120000...selepas makan kami meneruskan perjalanan untuk menghabiskan wang...namun kerana kekangan masa kami berpuas hati dengan barang yang dibeli...kami bertolak balik kerana masing -masing kepenatan maklum lah ada ahli rombongan yang senja remaja...kami balik berehat di hotel sebelum keluar untuk makan malam...namun memandangkan seluar yang dibawa hanya satu sahaja dan telah basah kuyup maka zana n kak sue teruskan operasi mencari seluar...malamnya kami pergi menikmati makanan yang sedap di latari dengan pemandangan restaurant yang ala-ala kampung di mana majoriti perabotnya daripada buluh...kami apa lagi sempat mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar...lepas makan kami terus balik untuk berehat.. pagi-pagi esok kami perlu bertolak ke Jakarta kerana ahli rombongan kami ada yang balik pagi...malamnya ramai juga yang mengambil peluang menempah tukang urut untuk mengurut badan yang kepenatan....pepagi lagi kami dah bertolak ke Jakarta dan apa yang tak bestnya kami tidak dapat menikmati pemandangan keran semua zzzzz di dalam van..sedar-sedar telah sampai di airport...setelah hantar ahli rombongan kami terus ke tanah abang untuk bersarapan...kali nie kami pergi food court di tingkat 10 namun makanan di sini agak mengecewakan...selepas itu kami meneruskan acara membeli belah kerana banyak lagi barang kiriman yang belum dibeli...kami bertolak awal ker airport kerana keadaan jalan raya yang mula sesak untuk menuju ke airport...kami tiba di airport pukul 6pm di Malaysia namun kami hanya bertolak balik pukul 10pm kerana delay..kami tiba di bumi Malaysia tepat pukul 12.30pm dan tiba di rumah pukul 2.00pm..ayooo penatnya tuhan yang tahu..nasib baik dah apply cuti...wachaaaa dah tamat...gambar nanti yer....
let go..bersedia nak bertolak...
tgh tunggu flight..macam biasa Air Asia delay...
dalam flight dari KL ke Jakarta
walaupun kepenatan sepanjang perjalanan...namun makan tetap wajib...
walaupun kepenatan sepanjang perjalanan...namun makan tetap wajib...
tension...ingatkan tak der extra charge bag dah lega ..rupanya kat indonesia nie ada service charge...
March 26, 2009 at 1:16 AM �
nak tgk gmbr..nak tgk gambar...huhhhuu..