Monday, March 09, 2009

12 Rabiulawal tahun gajah tarikh kelahiran junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW yang jatuh bersamaan hari Isnin 9 March 2009.Banyak juga Cerita berkaitan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini...tapi yang paling menyentuh hati adalah rancangan TV3 dimana zana ada tertengok ustazah Bahiyah memberikan ceramah tentang kelahiran dan kemangkatan nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW...sedih sampai merah mata nangis...tapi jangan kita lupa sebagai umat yang disayangi baginda rajin2 lah membaca selawat ke atas nabi dan memuhasabah diri....Sedar tak sedar lebih kurang 2 minggu lagi nak g melancong...tak sabar rasernya...tapi yang tak tahan orang yang nak order dah melebihi had maksimum beg nie...hai kalau tak amik kiriman terasa lak...hahhahah.Apa pun sebelum nak g melancong kena satlekan site visit ppik bahagian timur dulu...sekarang masalah sikit sebab drebar lelaki tak jumpa lagi...hai maklumlah masing-masing sibuk...kalau ikut kan plan yang telan dibuat lawatan bermula 15-19 mac 2009 bermula ppik benta,ppik pasir puteh,ppik kubang bemban dan ppik amer hilir....dan akhir sekali tapi trip yang kedua pada 26 dan 27 mac 2009....oklah nanti sambung lagi cerita...semasa sibuk belek cerita terjumpa banyak rahsia yang best untuk dishare dan disimpan untuk kenangan...

Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)
menurut Dr. Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat · Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp · Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

0 Responses to "BeRmuLa PeNaNtiAn"

Post a Comment