Wednesday, March 18, 2009

Dulu masa sedang belajar kat UPM selalu join BTN dan memori lagu nie sentiasa terpahat di hati...walaupun lagunie tak rancak namun begitu dalam maknanya...semasa tgh sibu buat bujet terjumpa lirik lagu nie..so jom hayati sama2.

Warisan
Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

>>Memang dah jadi realiti dari dulu lagi. Lihatlah tanah yang mahal-mahal telah menjadi milik bangsa lain selain bangsa Melayu. Contoh terbaik ialah Penang. Benda ni terjadi sebelum zaman Lim Guan Eng lagi...

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

>> UMNO VS PAS & PKR . Sebenarnya Melayu sudah perpecah kepada dua kerana PAS dan PKR telah bergabung di Pakatan Rakyat.

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

>>Dah jadi realiti dulu lagi dah

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

>>Salah pemimpin tak kira dari parti mana pun jika salah guna kuasa

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara...

0 Responses to "IkTiBaR"

Post a Comment