Sunday, December 21, 2008

Wah..seronok bila dipikir-pikir tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya.apa pun banyak kenangan yang suka mahupun duka sepanjang 2008..sedar tak sedar minggu hadapan merupakan minggu terakhir sebelum kita bertukar kalander.apapun sedihnya tahun hadapan dah banyak kerja yang menanti..zana pun tgh pikir nie apa agaknya azam tahun baru nie...wacha....rahsia tak leh nak share kat sini....tapi apa yang lebih menggembirakan adalah start 24 nie zana dah boleh holiday tu..sebab zana dah minta cuti sehingga 5 januari...mesti best duk kat umah n boleh jalan-jalan.Sebelum cuti banyak kerja yang perlu dibereskan dahulu seperti data ppik,pid almaklumlah my buddies dah tak ada..n yang paling penting kena langsaikan duit umah...zana biasa bayar awal satu bulan sebab tak yah usik gaji..jadi sebelum balik kena jumpa kak sue dulu..kak sue pun cuti lama juga...duit kutu untuk januari kat intan dan bayar RM200 jadi dah senang...apa pun mesti blog nie lama tak update sebab tak da internet..malas nak g cc nanti..di kesempatan ini zana berharap tahun ini menjadi pengajaran dan tahun hadapan menjanjikan penuh kejayaan..bye....

Thursday, December 18, 2008

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.

3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.

4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.

7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.

Thursday, December 18, 2008

SeLamat Kembali..
Ho..Ho..Hoo...nampaknya suasana bercuti untuk meraikan hari krimas semakin hampir..selamat menyambut hari natal untuk rakan sekerja yang comel mau...sekarang nie dia dah cuti balik serawak..by the way zana baru habis program hari ict bersama komuniti dan majlis penutupan ccdp di Pusat Latihan UITM Tanjung Tualang Kg Gajah kat Perak pada 17 dan 18 disember 2008.Di sini berlaku 3 program sekaligus iaitu perjumpaan ejen perubah dan pengusaha,hari ict untuk komuniti yang di panggil khas datang ke situ serta yang ditunggu-tunggu majlis penutupan dan penganugerahan hadiah dan plag untuk pemenang PPKR 4.Apa yang boleh dikongsi ialah peserta yang sporting walaupun terdiri daripada warga emas.Mereka memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap program yang dianjurkan.makanan pun boleh tahan beb...apa pun dengar kata kontrak warisan akan disambung lagi 6 bulan untuk ppkr 5 nanti..ingatkan dah tamat tapi masih bersambung lagi...gambar akan menyusul kemudian....

Thursday, December 11, 2008

Selamat kembali....kejadian tak diduga yang banyak menguji kesabaran dan ketabahan manusia..sepanjang zana bercuti semperna sambutan aidiladha atau pun raya korban paparan yang menyentuh hati yang dipertontonkan di tv bukanya korban lembu atau kambing tetapi mangsa korban tanah runtuh..dalam kesyahduan mendengar takbir raya banyak suara keinsafan tentang bencana alam yang makin membimbangkan..kekadang zana pun rasa gerun sebab sekarang nie pun duduk kat kondo tingkat 17..tapi nauzubillah minta jauh.....Tapi kalau diikutkan kejadian tanah runtuh nie pun macam kejadian berantai..setiap hari ada sahaja laporan mengenai tanah runtuh..Sampai banjir besar di pantai timurpun bukan tajuk utama lagi walaupun banyak juga meragut nyawa..Raya kali ini juga tak berapa meriah memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan.So di kesempatan ini marilah kita mengucapkan syukur kerana musibah ini memberi kesedaran banyak pihak terutamanya pihak kerajaan untuk memandang serius pembinaan di lereng bukit..bersambung...