Sunday, March 29, 2009

hehehe...ari sabtu 28 mac 2009 zana join juga kempen nie...sebenarnya bagus kempen nie sebab sangat mudah dilakukan dan boleh jimat kan elektrik...hahhah...tepat pukul 8.30pm apa lagi kami dengan bebesar hati memadamkan lampu dan wah...dunia gelap gelita...tapi untuk tempoh 60 minit atau 1 jam tak terasa kerana sekejap saja dah pukul 9.30pm...bila tgk berita seronok pulak bila lihat banyak bangunan yang gah2 join tutup lampu...so sumbangan yang diberikan walaupun kecil tapi diharap sungguh bermakna..

Wednesday, March 25, 2009

hai...i'm back...wahhh dapat menghirup udara yang segar di bumi Malaysia...kalau di hitung banyak sebenarnya kelebihan Malaysia yang tercinta dan zana begitu bersyukur sangat...namun tak salah melihat kelebihan negara luar kan...percutian yang telah dirancang untuk ke negara jiran iaitu Indonesia telah dibuat akhir tahun lepas....kami pergi seramai 12 orang dan flight kami sampai di airport Jakarta pada pukul 8 malam...percutian kami selama 4 hari dan 3 malam yang bermula 21 hingga 24 mac 2009..sesampai sahaja di airport kami telah dijemput oleh supir yang telah ditempah untuk membawa kami berjalan-jalan di Jakarta dan Bandung...tapi awal-awal lagi kami dah sesat kerana supir yang ditugaskan tiada...rupa-rupanya supir tersebut sudah bertemu ahli rombongan yang lain...kami terus bertolak ke Bandung dari Jakarta yang memakan masa selama 3 jam lebih untuk ke Bandung...semasa dalam perjalanan apa lagi kami perlu juga mengisi perut yang telah lapar...supir kami telah membawa kami menikmati makanan ala nasi padang gitu...wah lumayan sih...akhirnya kami sampai di hotel lebih kurang pukul 12 lebih...apa lagi tak banyak cakap masing-masing keletihan terus masuk zzzzzzzzzzz.....pepagi lagi dah bangun sebab tak biasa dengan masa di sana yang lewat satu jam...kami bersarapan dahulu sebab nak tunggu yang lain lambat...makanan di situ kurang masyuk ler...tapi makan juga sebab lapar...lepas makan zana n kak sue terus ke luar pagar sementara menunggu yang lain tengah sarapan...rupanya pepagi lagi dah ada peniaga yang berniaga di hadapan hotel kami...banyak juga yang dijual t-shirt,bag sembahyang,keychain,pen ,kain batik dan banyak lagi....zana pun apa lagi memang pantang tengok...terus beli t-shirt dan bag....lepas semua dah siap kami bertolak ke rumah ebo untuk berjumpa pak sani yang menguruskan perjalanan kami iaitu hotel dan pengangkutan..sesampai sahaja terkejut kami kerana peniaga yang di hotel kami telah mengikut kami....rumah ebo merupakan penginapan ala-ala guest house yang nyaman gitu..sebenarnya kami sepatutnya tinggal di situ..namun memandangkan cuti sekolah maka tempat tersebut telah penuh...kami masih menanti pak sani...alangkah terkejutnya kami bila pak sani muncul kerana kami beranggapan pak sani tua ala-ala bapak kita orang tapi.sebaliknya..hensem dan muda gitu...kak sue yang terkejut terus tanya dah kawin ker belum.?.hehehehe...namun pak sani senyum ajer cover beb...sesudah berbincang kami meneruskan sesi penjelajahan ke factory outlet...memandangkan kami tiba awal maka kebanyakkan factory outletnya masih tutup...namun atas dasar kesungguhan kami untuk menghabiskan duit.. supir kami pak Dandan telah meminta factory tersebut dibuka...kami pun yang masing-masing digelar jutawan (maklumlah tukar matawang dalam juta) mula menyerbu premis tersebut...banyak barang yang cantik dan murah di sana...tapi tak beli sebab takut menyesal kerana banyak factory outlet yang lain belum diterokai...kak sue setiap kedai dia beli..kami telah merancang untuk perjalanan hari kedua ini hanya pergi ke factory outlet aja...sedang kami sibuk memilih barang kulit di area cibaduyut hujan mula mengganas dan menyebabkan banjir kilat....sesudah kepenatan kami singgah untuk menjamu selera di restaurant yang menghidangkan makanan sunda...banyak lauk yang terhidang di samping pelayan yang ayu lagi jelita...namun makanannya langsung tak memenuhi selera....sesudah makan kami dah mula bertolak balik kerana semua sudah kecapet'an......malam tersebut kami singgah di restaurant de cost yang menyediakan makanan bertaraf lima bintang namun harga tahap kaki lima...kami pun apa lagi order ler makanan yang best2.....masing-masing kekenyangan dan berpuas hati...lepas tu kami tak berjalan2 kerna nak kumpul tenaga untuk esok harii...kami terus baklik dan zzzzzzzzz.....memandangkan kami dimaklumkan bahawa pasar baru dibuka pada pukul 10am Malaysia maka kami pun relax dulu di Hotel...namun zana n kak sue dah cabut g kedai gambar untuk mencuci gambar...kami juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan mesin gambar yang harganya lebih muranh jika dibandingkan di sini...penat juga kami bergaya...hahhahah...sedar tak sedar kami telah terlewat.. apa lagi marah ler rombongan lain...kami bertolak ker pasar baru yang ketinggiannya mencecah 9 tingkat rasernya...sesampai sahaja kami terus memulakan shopping namun kami tak tahu nak mulakan dari mana kerana kelabu mata oleh banyak barang yang menarik...kami berhenti shopping untuk memberi laluan kepada perut yang telah memainkan 10 lagu keroncong...kami pergi ke food court di tingkat atas...wah makanan kat sini lumayan kerana boleh pilih yang mana suka...zana makan nasi goreng n ayam penyek serta jus strawbery yang harganya rp120000...selepas makan kami meneruskan perjalanan untuk menghabiskan wang...namun kerana kekangan masa kami berpuas hati dengan barang yang dibeli...kami bertolak balik kerana masing -masing kepenatan maklum lah ada ahli rombongan yang senja remaja...kami balik berehat di hotel sebelum keluar untuk makan malam...namun memandangkan seluar yang dibawa hanya satu sahaja dan telah basah kuyup maka zana n kak sue teruskan operasi mencari seluar...malamnya kami pergi menikmati makanan yang sedap di latari dengan pemandangan restaurant yang ala-ala kampung di mana majoriti perabotnya daripada buluh...kami apa lagi sempat mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar...lepas makan kami terus balik untuk berehat.. pagi-pagi esok kami perlu bertolak ke Jakarta kerana ahli rombongan kami ada yang balik pagi...malamnya ramai juga yang mengambil peluang menempah tukang urut untuk mengurut badan yang kepenatan....pepagi lagi kami dah bertolak ke Jakarta dan apa yang tak bestnya kami tidak dapat menikmati pemandangan keran semua zzzzz di dalam van..sedar-sedar telah sampai di airport...setelah hantar ahli rombongan kami terus ke tanah abang untuk bersarapan...kali nie kami pergi food court di tingkat 10 namun makanan di sini agak mengecewakan...selepas itu kami meneruskan acara membeli belah kerana banyak lagi barang kiriman yang belum dibeli...kami bertolak awal ker airport kerana keadaan jalan raya yang mula sesak untuk menuju ke airport...kami tiba di airport pukul 6pm di Malaysia namun kami hanya bertolak balik pukul 10pm kerana delay..kami tiba di bumi Malaysia tepat pukul 12.30pm dan tiba di rumah pukul 2.00pm..ayooo penatnya tuhan yang tahu..nasib baik dah apply cuti...wachaaaa dah tamat...gambar nanti yer....
let go..bersedia nak bertolak...
tgh tunggu flight..macam biasa Air Asia delay...
dalam flight dari KL ke Jakarta
walaupun kepenatan sepanjang perjalanan...namun makan tetap wajib...
ni tgh menikmati makanan padang..power cara di bawak pinggan tue..
pagi-pagi lagi dah bangun naik kenderaan yang akan bawak kami g abiskan duit...
kat sini pemandangan rumah ebo yang sepatutnya kami tinggal...
mak ai...nenek punya test...nampak tak tue...
tarra...jom masuk..
ala baby malu ler tue...cantik kan pelayan restaurant sunda nie...
pemain angklung akan datang..
posing...1..2..3...sebelum masuk sempat tue..
mahal beb beg tangan kat sini...jenama punya...
nie sebenarnya jeans levis yang kononnya limited edition...tapi tak cukup duit nak beli...
makan pagi dulu...kasi tenaga...
jom pilih gambar untuk dicuci...
ni masa kami g kedai photo dia...
ni tudung yang biasa dijual kat masjid jamek tue...
baju ala arini gitu...diorang panggil cous kot...
posing dulu sebelum masuk makan...
lambat lak makanan nie...lapar...
ni pintu masuk ke restaurant
malam akhir kitaorang makan kat restaurant seafood yang dekorasi bertemakan buluh

muka dah penat...flight delay...
tension...ingatkan tak der extra charge bag dah lega ..rupanya kat indonesia nie ada service charge...
penat posing waktu nie...
kami cuba-cuba gunakan picture box...harga dia rp18000
kaunter cuci gambar kat sini macam kaunter bank tau
best tau kami yang pilih gambar n ikut nak tamplate yang mana suka..
ini adalah koleksi gambar yang dicuci di sana




Thursday, March 19, 2009

Lagu nie best lak bila tgk lirik dia...selama ni bila dengar lagu tentang ibu macam cepat tersentuh... tapi bila dengar lagu nie teringat tentang abah lak...khas untuk abah...muahhh


Yang ni pula lagu khas untuk ibu ku tercintun...

Thursday, March 19, 2009

Site Visi Timur

15-18 Mac 2009


Alhamdullillah akhirnya kami selamat pulang dan memulakan tugas seperti biasa...memandangkan lawatan kami di anggotai oleh tiga gadis makan perjalanan lebih mencabar kerana perlu melalui gua musang...zana pun tak pernah lalu sana...namun kami berjaya juga melawat semua tempat yang dituju... yang bestnya perjalanan kami bermula dari Taman Melati ke Benta telah diuji kerana kami sesat 30 minit di area tu sebelum tembus kat Tol Gombak...kelakar lak...namun kami berjaya juga sampai di Benta...dan apa yang boleh dikongsi ialah sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 120 peserta terdiri daripada semua golongan...masa kami cari kedai untuk singgah makan tengahari sebelum acara bermula sangat memenatkan memandangkan semua kedai tutup....acara yang diaturkan oleh penyelia Hidayah sangat meriah dengan sokongan komuniti...apapun komuniti diorang memang sporting ...acara tamat pukul 5.30pm dan setelah berhenti sembahyang apa lagi kami meneruskan perjalanan ke pasir puteh....


perjalanan ke Pasir Puteh amat mendebarkan kerana hujan lebat dan terpaksa merentasi jalan yang berbukit bukau dan ditambah lagi dengan kemalangan dasyat...dalam keadaan yang semakin gelam kami berharap agar kereta sentiasa ada dan perjalanan yang mengambil masa 5 jam berakhir apabila kami nampak Hotel azimah di hadapan mata...hahhahah hotel tersebut sangat menakutkan kerana lipas beterbangan....namun kerana keletihan kami tidur denagan ditemani lipas2 tersebut....namun kami bertuah kerana acara di PPIk Pasir Puteh bermula pukul 2...kami bersarapan dan terus ke PPIK Pasir Puteh yang lokasinya betul2 di dalam bandar...sementara menunggu acara bermula kami pun apa lagi shopping ler...acara dihadiri oleh pelajar dan mereka begitu sporting....penyelianya Fatimah sering dibantu ahli keluarganya bagi melancarkan perjalanan PPIK....




Seterusnya perjalanan diteruskan ke Jerteh...dan kami sampai awal di Jerteh namun kami sempat lagi memilih hotel yang terbaik memandangkan kami memerlukan rehat yang cukup...kami bermalam di Hotel Suri.malam tersebut kami mencari tempat makan yang sedap untuk mengalas perut...Pagi hari seterusnya kami perlu bangun awal untuk ke PPIK Kubang Bemban kerana acara bermula pukul 9.00am...kami sampai tepat masanya dan acara bermula dengan lancar yang dihadiri oleh ajk PPIK...komuniti memang sporting dan kami juga di beri ole2 dodol dan kuih benderam yang glamour kat situ...penyelianya Marzuki memang teratur dalam menguruskan acara....






Seterusnya kami mencari tempat bermalam kerana kami diberitahu banyak resort yang menarik di hadapan...kami akhirnya berjumpa Damong Resort inn...best juga duduk kat situ sebab tepi pantai...kami bermalam disitu dengan penuh khushuk..hahhahah...pagi lagi kami dah keluar untuk sarapan dan ke pasar untuk beli keropok....selepas itu kami meneruskan lawatan ke PPIK Amer Hilir yang diuruskan oleh Zarina...memandangkan tempat sempit para pesertanya ada yang duduk diluar...kesian pulak...namun lawatan kami diakhiri dengan sambutan yang meriah dan terima kasih semua...


Akhirnya lawatan kami berakhir dan apa lagi kami pun terus cabut nak balik KL...perjalanan rasanya jauh pulak...kami sempat singgah di tempat jual keropok..makan sata...dan akhirnya kami sampai ke KL pukul 6.30...selepas hantar Nadia dan Ecah terus balik umah...kereta toke dia datang amikkk...malam tue zzzzzzzzzzzzzzzzz..sebab esok nak kerja......