Sunday, June 20, 2010


Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat illahi..akhirnya selamat 6 percubaan aku akhirnya layak diterima sebagai pelajar KPLI...yang lebih menariknya aku ditawarkan kos prasekolah...hai adik...adik...heheheh..walaupun aku terpaksa bekorban untuk satu tahun ini tapi aku percaya ini merupakan kerjaya yang terbaik untukku...bukan bermakna WG tidak menjanjikan peluang dan masa depan...namun mungkin kerjaya sebagai Project Manager bukan dikhususkan untukku... aku amat berterima kasih kerana WG kerana telah memberikan aku peluang menerima sebanyak yang mungkin pengalaman dan menimba pelajaran daripada yang mahir.... apa yang akan ku ingat dan kenang adalah semangat pasukan dan pengalaman setiap projek yang telah aku ikut...terima kasih semua....selamat tinggal rakan-rakanku....di sini aku ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kita bekerja bersama ada yang terkasar kata dan terguris hati...ampun...jumpa lagi di post yang akan datang sebagai seorang pelajar...kalau sempat...

Wednesday, June 09, 2010

Salam untuk semua pembaca blog ini,saya mengambil kesempatan untuk memohon mendoakan kesejahteraan ibu saudara saya(adik ayah) yang telah kembali ke hadrat ilahi pada 4hb Jun 2010...al-fathihah..nampaknya ayah hanya tinggal 2 saja lagi adik...pemergian yang begitu mengejutkan dan aku berharap keluarga kami terus dilimpahi rezeki dan kebahagian..yang pergi tetap akan pergi namun yang hidup perlu terus mendoakan yang terbaik utk diri dan mereka yang telah kembali...

Wednesday, June 09, 2010

Satu kempen Malaysia Inovatif 2010 telah diadakan di UMS Kota kinabalu Sabah.
Kami telah bertolak ke sabah pada 27-30 Mei 2010 dengan penerbangan airasia.Team yang menyertai rombongan ini kak laila,kak elina,bai,yop dan saya..