Wednesday, August 27, 2008


Halllo.....
pada 25 n 26 /8/2008 kembara untuk melawat PID di Pahang bermula...perjalanan asyik juga sebab tak perlu tekejar-kejar....kami bertolak pukul 8.30 pagi untuk ke PID Badar Tun Razak dan sampai dalam pukul 12.30am...jeng..jeng..time makan tue...tapi nak jadi cerita payah juga nak cari warung sebab banyak kedai tak buka dan kalu ada bukapun mesti lauk dia dah habis..sampai kedai ketiga barulah kami dapat makan...dan sempat juga pergi kilang keropok..Pukul 2 petang aktiviti bermula dan kami bersama-sama penduduk dapat buat aktiviti mengenal komuniti...best juga sebab peserta sporting...harap KUSPID diaorang berjaya...bila habis tue ada cabutan bertuah n diorang kan main bagi besen dan raga...ramai gak yang suka tambahan dapat bawak balik sijil..kami mengakhiri perjumpaan dengan jamuan yang walllah...sedap tue...kemudian g raden in untuk bermalam...pagi tue kami g PID Bukit Goh n sampai aja terawal lah pulak..apa lagi kamipun diajak g makan bahulu panas2...yang tak tahan bila dah makan tak ingat nak balik..aktiviti sama aja macam sebelum nie cuma akhir sekali kami sempat melawat tempat menjual frozen food..akhirnya perjalanan balik ke KL...wah sesampai aja kat umah dah kul 6.30 ptg...apa lagi zzzzzzzzz

Thursday, August 21, 2008

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, August 21, 2008

Selamat menyambut bulan merdeka ke 51 tahun...wah hebatkan Malaysia dah 51 tahun bebas daripada penjajahan luar...namun adakah kita yakin kita bebas mentaliti dan spiritual????apa pun bak kater nabil "lu pikirlah sendiri" semperna merdeka nie eden nak share iklan petronas baru untuk sambutan merdeka..sedih tue...

Tuesday, August 19, 2008


Minggu ni best sikit sebab takyah nak fikirkan nak kuar..sepatutnya minggu nie nak balik umah tapi nak wat cammana tiket dah habis...maklum lah cuti sekolah..hai...dah ler nak poser nir..windu kat masakan mak..sepatutnya isnin depan g sitevisit kat Pahang namun tak jadi sebab ada pertukaran last minute jadi tak yah g.macam mana pun cayang gak tak dapat g sebab kalu g dapat sikit lebih pemahaman ttg PID nie sebab kalu duk kat opis tak berapa nak faham..so untuk minggu nie gunakan cuti dengan semanpatnya..kalu nak chopping tak der budjet ler..almaklumlah terlebih belanja minggu nie.so untuk post nie eden bagi gambar lilin sebagai penyejuk minda dan mengembalikan tenaga untuk bekerja kembali dengan penuh semangat






Tuesday, August 19, 2008

Wahhhhh...bestttt..tapi penattt sikit...

Perjalanan yang memakan masa berjam-jam untuk ke satu satu tempat membuatkan perjalanan agak memenatkan.namun sepanjang perjalan eden tak lepaskan peluang melihat keindahan disekeliling...almaklumlah melalui tempat kelahiran...di sini bermula..KL-Marang-Kuala Besut-Kuala Balah-Kuala Krai-Sg Koyan-Kl...Jangan tak tahu sepanjang perjalanan kami mesti mengabadikan kengangan agar ianya menjadi satu tugasan kerja yang menyeronokkan..yang bestnya setiap kali kami sampai di PID mesti ada jamuan yang best dan menyelerakan..maklumlah tetamu katakan...macam kat Marang tempat penginapan kami yang pertama betul-betul mengadap pantai...syahdu kena angin petang yang tak berapa nak sepoi2 tue..hehehe.kemudian masa g Kuala Besut lak kami dapat bawak balik keropok segera dan kering yang diberi oleh toke kilang kepok..hehehe banyak tue..pastu dapat hadiah kain batek yang cun dari PID..perjalanan ker Kuala Balah boleh tahan juga sebab kami singgah kat kedai batek tapi tak beli sebab mahal sangat...sampai PID Kuala Balah kami lepak kejap sebab ajk dia tak sampai lagi..tapi jangan tak tau kami dapat buat balik dodol n keropok kering...murah rezeki..pastu g PID Kuala Krai dapat makan nasi dagang n nginap betul2 kat tepi zoo negara..Pastu on the way nak g destinasi seterusnya kami lepak kat air terjun tertinggi kat asia..last sekali g pahang PID Sg Koyan..sini tempat selesa sebab support dia ramai...tapi perjalanan balik agak penat kerana memikirkan ada dinner WG kat Restoran Rebung Chef Ismail tue...kami lepak umah kak lela dulu sebab tak sempat nak balik..memandangkan tema batek apa lagi...upacara meminjam scaf kak lela alamatnya..tapi kami sampai aja kat saner tak der orang lagi...ada Chef Ismail tgh siram pokok dia...hehehe..kak sini ada gambar yang sempat diambil..





Tuesday, August 19, 2008

Climate Change



Program Digi - Terra Inspirasi



Program ni best juga...almaklumlah dapat g digi tu...gempaq giler diorang punya oppis..yang tak tahan masa nak minum tue diorang nyer cafe panggil "reload"ala-ala macam topup lak...hehehe..tapi semasa aktiviti memang meriah siap boleh panggil-panggil peserta macam pasar malam untuk join program yang dianjurkan..waktu tu eden jaga redeem adiah tue...yang tak tahan sumer orang kat situ cakap org puteh..jadi kena lah makan kentang byk2...sambil aktiviti tue ada muzik live dari YAWA...diorang nie main muzik pakai alatan terbuang tapiiiii muzik tak leh tahan tue...gempaq...so untuk kenangan jadi eden masukkan gambar kat sini..tapi tak banyak...