Thursday, June 16, 2011



wachaaa...hheheheheh...lamanya tak tulis blog..waduh2..rindu nyer...kini ku kembali dengan gelaran guru pra sekolah..selamat pagi cikgu zana..setahun berlalu begitu pantas dan tak terasa...berbagai coretan yang telah terlepas samada manis dan menyedihkan...akan ku coret juga sedikit demi sedikit..cayang my blog...

Sunday, June 20, 2010


Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat illahi..akhirnya selamat 6 percubaan aku akhirnya layak diterima sebagai pelajar KPLI...yang lebih menariknya aku ditawarkan kos prasekolah...hai adik...adik...heheheh..walaupun aku terpaksa bekorban untuk satu tahun ini tapi aku percaya ini merupakan kerjaya yang terbaik untukku...bukan bermakna WG tidak menjanjikan peluang dan masa depan...namun mungkin kerjaya sebagai Project Manager bukan dikhususkan untukku... aku amat berterima kasih kerana WG kerana telah memberikan aku peluang menerima sebanyak yang mungkin pengalaman dan menimba pelajaran daripada yang mahir.... apa yang akan ku ingat dan kenang adalah semangat pasukan dan pengalaman setiap projek yang telah aku ikut...terima kasih semua....selamat tinggal rakan-rakanku....di sini aku ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kita bekerja bersama ada yang terkasar kata dan terguris hati...ampun...jumpa lagi di post yang akan datang sebagai seorang pelajar...kalau sempat...

Wednesday, June 09, 2010

Salam untuk semua pembaca blog ini,saya mengambil kesempatan untuk memohon mendoakan kesejahteraan ibu saudara saya(adik ayah) yang telah kembali ke hadrat ilahi pada 4hb Jun 2010...al-fathihah..nampaknya ayah hanya tinggal 2 saja lagi adik...pemergian yang begitu mengejutkan dan aku berharap keluarga kami terus dilimpahi rezeki dan kebahagian..yang pergi tetap akan pergi namun yang hidup perlu terus mendoakan yang terbaik utk diri dan mereka yang telah kembali...

Wednesday, June 09, 2010

Satu kempen Malaysia Inovatif 2010 telah diadakan di UMS Kota kinabalu Sabah.
Kami telah bertolak ke sabah pada 27-30 Mei 2010 dengan penerbangan airasia.Team yang menyertai rombongan ini kak laila,kak elina,bai,yop dan saya..











Thursday, April 29, 2010
Thursday, April 29, 2010

Jika anda tak tahu (yg dah tahu tu takpelah) ’kepopularan’ dan ‘kesuksesan’ halaman Yahoo, adalah dari tangan seorang lelaki berkebangsaan Taiwan bernama Jerry Yang. Dialah salah seorang pengasas sekaligus pemimpin dari Yahoo!.

Jerry Yang dilahirkan pada tahun 1968 di Taipei, Taiwan, dengan nama Yang Chih Yuan. Pada umur 10 tahun, ia “hanyalah” seorang pendatang dari Taiwan. Bersama ibu dan adiknya, mereka berhijrah dan menetap di San Jose, California, Amerika Syarikat. Ayahnya sudah meninggal pada saat ia baru berumur dua tahun. Saat dia pertama masuk sekolah di San Jose, dia hanya memiliki satu kamus bahasa Bahasa Inggeris, shoe (kasut). Ketika meningkat dewasa, Yang kuliah di Stanford Universiry pada tahun 1990, dan mendapatkan gelar sarjana muda dan master dalam masa 4 tahun.

Pada akhir tahun 1993, Jerry melanjutkan pendidikan program Ph.D. di Electrical Engineering Stanford University. Di sana, Jerry Yang berkenalan dengan rakan-rakan sekampusnya David Filo. Semasa persahabatan bersama David Filo, Jerry Yang mula menyukai kegiatan surfing di internet, hingga menghabiskan waktunya berjam-jam berada di depan komputer. Akibatnya, aktiviti belajar mereka terganggu.

Pada saat melakukan kegiatan surfing, mereka sering kesulitan mencari sesuatu yang mereka perlukan di dunia maya ini. Maka pada bulan Februari 1994, mereka mulai rajin mengumpulkan link-link dengan membuat indeks atas halaman-laman web kegemaran mereka. Kegiatan ini mereka lakukan di Trailer di kampus Stanford University. Dalam waktu singkat, mereka telah lebih banyak menghabiskan masa untuk membuat link-link halaman kegemaran dari pada membuat assignment program doktor yang tengah mereka tempuh.

Akhirnya, list berupa link dari halaman yang mereka telah dapati yang mereka buat telah menjadi terlalu panjang dan terlalu banyak, sehingga mereka membaginya menjadi kategori-ketegori. Saat media-media itu pun tidak memenuhi, dibuat juga sub-subkategori. Itulah awal mula lahirnya konsep dari pembuatan Yahoo!.

Pada saat pertama kali dibuat, mereka memberi nama situsnya Jerry `s Guide to the World Wide Web, tetapi nama tersebut terlalu panjang untuk nama sebuah halaman. Kemudian setelah mencari nama yang dianggap bagus di dalam direktori yang mereka buat, mereka memutuskan untuk menggunakan nama Yahoo, yang merupakan singkatan dari yet another Hierarchical oficious oracle. Tujuan awal dari pembuatan halaman itu adalah sebagai alat untuk mencari sesuatu di internet atau search engine.

Pada awalnya, mereka menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Namun, ternyata mereka kemudian menyedari bahawa indeks halaman yang mereka susun boleh digunakan oleh orang lain . Pengunjung laman web ini pun makin banyak dan mendapat sambutan luar biasa oleh pengguna Internet. Mengetahui banyak orang yang mengakses Yahoo!, Maka menjadilah mereka membuatnya menjadi database yang teratur dan mengembangkan semacam software mesin carian untuk menjalankannya.

Kerana belum ada modal, mereka memanfaatkan komputer-komputer milik universiti untuk kegiatan ini. Data disimpan dalam komputer Jerry Yang yang mempunyai nickname “Akebono”. Sedang mesin carian ditempatkan di komputer David Filo yang ber-nickname “Konishiki”. Kedua-dua nama samaran tersebut diambil dari nama-nama pegulat terkenal Hawaii pujaan mereka.

Pada musim gugur tahun 1994, halaman mereka mulai mendapatkan rekod hit sebanyak 1 juta pengunjung sehari. Itulah yang membuat infrastruktur rangkaian komputer di universiti terbebani traffic yang besar. Tak heran jika para pegawai universiti meminta keduanya untuk menyewa server (hosting) di luar untuk menjalankan “perniagaan” mereka itu, agar lebih leluasa lagi.

Kini, Yahoo! telah menjadi syarikat dunia yang bergerak di bidang komunikasi, komersil, dan media berasaskan internet. Setiap bulannya ada 232 juta pengguna Internet di seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatan Yahoo!, Bermula daripada enjin carian, portal, e-mel percuma, bisnis online, sampai pembuatan dan penyewaan tempat halaman. Rangkaian Yahoo! Yang beribu pejabat di Sunnyvale, California, AS ini sudah berdiri di 25 lokasi yang tersebar di benua Eropah, Asia, Amerika Latin, Australia, Kanada, dan tentu saja Amerika Syarikat. Hasilnya keuntungan besar pun dihasilkan oleh Jerry Yang bersama Yahoo! Yang menjadikan seorang pendatang Taiwan tersebut menjadi seorang jutawan.

Menurut Fortune.com, kekayaan lelaki dengan nama asli Yang Chih-Yuan ini pada tahun 2000 sekitar 5,85 bilion dolar AS. Rumah tinggalnya dibeli seharga 1,9 juta dolar AS, terletak di Los Altos, kawasan barat San Jose dengan lima bilik tidur dan pemandangan ke arah Teluk San Fransisco.

Wednesday, March 24, 2010

Tarrra...lama dah tak update....minggu lepas balik sebab ada majlis kenduri kawin kat dungun...sepupu rushdan akad nikah dan kenduri umah perempuan....gambar nanti di masukkan kemudian....

Sunday, February 21, 2010

11 Keistimewaan wanita....

  • 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal itu, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
  • 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
  • 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • 5. Apabila lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.
  • 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  • 7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • 8. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • 9. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • 10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
  • 11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Thursday, February 18, 2010

Zana,kak ida,kak laila,kak sue,pipi,ann,paan dan kak elly
shah's village hotel petaling jaya
18 orang pengurus dan penolong pengurus pjk p1








Thursday, February 18, 2010






8 feb 2010
zana an wg team
Cyberjaya view
gambar nanti....

Thursday, February 18, 2010




Vistana hotel (13 januari 2010) Sosial Enterprise division team

Sunday, January 24, 2010



Riuh Rendah Karnival Usahawan dan ICT
6-10Januari 2010
Zana,Kak Laila,Kak sue,Pipi,Gko dan Bai
Felda Jerangau terengganu