Friday, November 28, 2008





Tazkirah sebagai renungan...

Thursday, November 27, 2008


Kuang-kuang....cuti approve by hod..apa lagi raya haji yang bermakna untuk tahun ini...dah 2 tahun miss...zana cuti 5 hingga 9 disember....yeaaaa...rayer....

Tuesday, November 25, 2008

Raya datang lagii...aidil adha bakal menjelma dan apa lagi zana pun tengah membilang cuti untuk balik kampung...tiket dah beli tapi cuti tak mintak lagi..sedar tak sedar minggu depan dah nak balik..Raya kali ini mak long dan pak long di kedah menunaikan fardu haji.Mereka akan balik 18 disember nie..ma dah suruh cuti sebab nak jumpa kakak dia.apa pun zana harap pemergian mereka akan penuh keberkatan dan kembalinya mereka dengan haji yang mabrur.Tahun nie macam nak join korban tapi tak bagitahu lagi atuk sebab bab nie dia yang uruskan..maklumlah dah dua tahun tak balik..biasanya lepak umah kak sue..tapi tahun nie tak boleh sebab cuti banyak yue kena habiskan juga.

Sunday, November 23, 2008

Yea...yeaa...dapat cuti...Tapi duk umah sama banyak kejer jugak..banyak lak nak kena satlekan..tapi macam manapun dapat rehatkan badan n relax otak nie...sebenarnya tgh plan nak amik cuti bagi bulan 12 sebab nak habiskan cuti taku burn lak cuti yang diberi..raya haji n raya krismas...apa pun harap hod approve cuti kalau tak nangis tak berlagu ler...hai sesekali dapat cuti lama sikit kat kampung orait juga...jumpa kekawan...

Tengah cuti nie dapat pulak gambar lama ngan kengkawan plkn dulu..nieda,ayu 1,ayu 2,kak ieza,miza n lelain..teringat kenangan manis jaga bebudak tu buat aktiviti tali tinggi...seram juga...











Saturday, November 22, 2008


22/11/2008 hari Sabtu....tetiba di arahkan untuk ke PID Tanjung Kling untuk mewakili WG ke Karnival yang dianjurkan oleh kelab usahawan PID Tajung kling Melaka...zana,moque dan abe bertolak jam 7.30am dan balik pada 10.30 pm.majlis tue boleh dikatakan happening dan berjalan lancar walaupun dia seorang yang manage..ajk di banyak bagi support...apa pun dapat cuti hari isnin..yea...

Tuesday, November 18, 2008


Wachaaa...Minggu yang kelam malam....
Banyak tue kejer maklumlah jumaat haritu tak masuk kejer..log keeper tak buat..bujet langkawi nak minta...update GEW dari PID kena buat...persiapan PPIK kena tolong..haiii..yang mana satu..nank kena buat...By the way harap minggu nie berakhir dengan penuh rezeki bukan tragedi...waaa..tragedi november..

Tuesday, November 18, 2008











Satu program gempaq zana telah pergi tapi yang tak bestnya penat beb...maklumlah baru balik dari langkawi...Program ini dinamakan SEFC (social entrepreneurship fair and convention) dan e-asia kat KLCC.Program ini berlansung selama 3 hari dan dihadiri oleh seruluh dunia.Acara nie lebih banyak kepada forum dan pameran di booth.Kami juga diberikan satu booth dibawah KTAK.Jadi gempaq juga booth tue..Apapun ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga.

Sunday, November 09, 2008

Salam untuk semua.....

Memandangkan ajen perubah yang dilatih untuk mengajar di Perpustakaan Awam Kuah Langkawi tidak memenuhi syarat maka zana telah ditugaskan untuk memenuhi kpi seperti yang dikehendaki oleh pihak Maxis.Sebelum Latihan ini banyak rintangan dan akhirnya setelah melalui prosedur yang dikehendaki oleh Perpustakaan Kedah kami diminta mengadakan latihan sebelum cuti sekolah.Kami juga dimaklumkan last minute iaitu hari ahad dan kami bertolak hari isnin.Program ini berlangsung selama 3 hari namun kami berada dilangkawi selama 5 hari.Sembil menyelam, dapat lah kami minum air tapi yang tak tahan duit abis tue...kat sini zana share gambar kat sana...