Sunday, December 21, 2008

Wah..seronok bila dipikir-pikir tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya.apa pun banyak kenangan yang suka mahupun duka sepanjang 2008..sedar tak sedar minggu hadapan merupakan minggu terakhir sebelum kita bertukar kalander.apapun sedihnya tahun hadapan dah banyak kerja yang menanti..zana pun tgh pikir nie apa agaknya azam tahun baru nie...wacha....rahsia tak leh nak share kat sini....tapi apa yang lebih menggembirakan adalah start 24 nie zana dah boleh holiday tu..sebab zana dah minta cuti sehingga 5 januari...mesti best duk kat umah n boleh jalan-jalan.Sebelum cuti banyak kerja yang perlu dibereskan dahulu seperti data ppik,pid almaklumlah my buddies dah tak ada..n yang paling penting kena langsaikan duit umah...zana biasa bayar awal satu bulan sebab tak yah usik gaji..jadi sebelum balik kena jumpa kak sue dulu..kak sue pun cuti lama juga...duit kutu untuk januari kat intan dan bayar RM200 jadi dah senang...apa pun mesti blog nie lama tak update sebab tak da internet..malas nak g cc nanti..di kesempatan ini zana berharap tahun ini menjadi pengajaran dan tahun hadapan menjanjikan penuh kejayaan..bye....

Thursday, December 18, 2008

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.

3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.

4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.

7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.

Thursday, December 18, 2008

SeLamat Kembali..
Ho..Ho..Hoo...nampaknya suasana bercuti untuk meraikan hari krimas semakin hampir..selamat menyambut hari natal untuk rakan sekerja yang comel mau...sekarang nie dia dah cuti balik serawak..by the way zana baru habis program hari ict bersama komuniti dan majlis penutupan ccdp di Pusat Latihan UITM Tanjung Tualang Kg Gajah kat Perak pada 17 dan 18 disember 2008.Di sini berlaku 3 program sekaligus iaitu perjumpaan ejen perubah dan pengusaha,hari ict untuk komuniti yang di panggil khas datang ke situ serta yang ditunggu-tunggu majlis penutupan dan penganugerahan hadiah dan plag untuk pemenang PPKR 4.Apa yang boleh dikongsi ialah peserta yang sporting walaupun terdiri daripada warga emas.Mereka memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap program yang dianjurkan.makanan pun boleh tahan beb...apa pun dengar kata kontrak warisan akan disambung lagi 6 bulan untuk ppkr 5 nanti..ingatkan dah tamat tapi masih bersambung lagi...gambar akan menyusul kemudian....

Thursday, December 11, 2008

Selamat kembali....kejadian tak diduga yang banyak menguji kesabaran dan ketabahan manusia..sepanjang zana bercuti semperna sambutan aidiladha atau pun raya korban paparan yang menyentuh hati yang dipertontonkan di tv bukanya korban lembu atau kambing tetapi mangsa korban tanah runtuh..dalam kesyahduan mendengar takbir raya banyak suara keinsafan tentang bencana alam yang makin membimbangkan..kekadang zana pun rasa gerun sebab sekarang nie pun duduk kat kondo tingkat 17..tapi nauzubillah minta jauh.....Tapi kalau diikutkan kejadian tanah runtuh nie pun macam kejadian berantai..setiap hari ada sahaja laporan mengenai tanah runtuh..Sampai banjir besar di pantai timurpun bukan tajuk utama lagi walaupun banyak juga meragut nyawa..Raya kali ini juga tak berapa meriah memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan.So di kesempatan ini marilah kita mengucapkan syukur kerana musibah ini memberi kesedaran banyak pihak terutamanya pihak kerajaan untuk memandang serius pembinaan di lereng bukit..bersambung...

Friday, November 28, 2008





Tazkirah sebagai renungan...

Thursday, November 27, 2008


Kuang-kuang....cuti approve by hod..apa lagi raya haji yang bermakna untuk tahun ini...dah 2 tahun miss...zana cuti 5 hingga 9 disember....yeaaaa...rayer....

Tuesday, November 25, 2008

Raya datang lagii...aidil adha bakal menjelma dan apa lagi zana pun tengah membilang cuti untuk balik kampung...tiket dah beli tapi cuti tak mintak lagi..sedar tak sedar minggu depan dah nak balik..Raya kali ini mak long dan pak long di kedah menunaikan fardu haji.Mereka akan balik 18 disember nie..ma dah suruh cuti sebab nak jumpa kakak dia.apa pun zana harap pemergian mereka akan penuh keberkatan dan kembalinya mereka dengan haji yang mabrur.Tahun nie macam nak join korban tapi tak bagitahu lagi atuk sebab bab nie dia yang uruskan..maklumlah dah dua tahun tak balik..biasanya lepak umah kak sue..tapi tahun nie tak boleh sebab cuti banyak yue kena habiskan juga.

Sunday, November 23, 2008

Yea...yeaa...dapat cuti...Tapi duk umah sama banyak kejer jugak..banyak lak nak kena satlekan..tapi macam manapun dapat rehatkan badan n relax otak nie...sebenarnya tgh plan nak amik cuti bagi bulan 12 sebab nak habiskan cuti taku burn lak cuti yang diberi..raya haji n raya krismas...apa pun harap hod approve cuti kalau tak nangis tak berlagu ler...hai sesekali dapat cuti lama sikit kat kampung orait juga...jumpa kekawan...

Tengah cuti nie dapat pulak gambar lama ngan kengkawan plkn dulu..nieda,ayu 1,ayu 2,kak ieza,miza n lelain..teringat kenangan manis jaga bebudak tu buat aktiviti tali tinggi...seram juga...











Saturday, November 22, 2008


22/11/2008 hari Sabtu....tetiba di arahkan untuk ke PID Tanjung Kling untuk mewakili WG ke Karnival yang dianjurkan oleh kelab usahawan PID Tajung kling Melaka...zana,moque dan abe bertolak jam 7.30am dan balik pada 10.30 pm.majlis tue boleh dikatakan happening dan berjalan lancar walaupun dia seorang yang manage..ajk di banyak bagi support...apa pun dapat cuti hari isnin..yea...

Tuesday, November 18, 2008


Wachaaa...Minggu yang kelam malam....
Banyak tue kejer maklumlah jumaat haritu tak masuk kejer..log keeper tak buat..bujet langkawi nak minta...update GEW dari PID kena buat...persiapan PPIK kena tolong..haiii..yang mana satu..nank kena buat...By the way harap minggu nie berakhir dengan penuh rezeki bukan tragedi...waaa..tragedi november..

Tuesday, November 18, 2008











Satu program gempaq zana telah pergi tapi yang tak bestnya penat beb...maklumlah baru balik dari langkawi...Program ini dinamakan SEFC (social entrepreneurship fair and convention) dan e-asia kat KLCC.Program ini berlansung selama 3 hari dan dihadiri oleh seruluh dunia.Acara nie lebih banyak kepada forum dan pameran di booth.Kami juga diberikan satu booth dibawah KTAK.Jadi gempaq juga booth tue..Apapun ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga.

Sunday, November 09, 2008

Salam untuk semua.....

Memandangkan ajen perubah yang dilatih untuk mengajar di Perpustakaan Awam Kuah Langkawi tidak memenuhi syarat maka zana telah ditugaskan untuk memenuhi kpi seperti yang dikehendaki oleh pihak Maxis.Sebelum Latihan ini banyak rintangan dan akhirnya setelah melalui prosedur yang dikehendaki oleh Perpustakaan Kedah kami diminta mengadakan latihan sebelum cuti sekolah.Kami juga dimaklumkan last minute iaitu hari ahad dan kami bertolak hari isnin.Program ini berlangsung selama 3 hari namun kami berada dilangkawi selama 5 hari.Sembil menyelam, dapat lah kami minum air tapi yang tak tahan duit abis tue...kat sini zana share gambar kat sana...





Wednesday, October 22, 2008


PID Labis (18 oktober 2008-sabtu)

Akhirnya PID Labis merupakan PID yang terakhir menutup siri penjelajahan kami ke selatan...Penyelia dan penolong memang bersatu padu kerana siap tempah baju yang sama tema tue...maklumlah budak muda remaja lagi...Ahli KUS ramai yang tidak dapat hadir kerana kebetulan ada persidangan untuk pemilihan calon di situ.Alhamdilillah sesi taklimat berjalan lancar dan kami juga dijamukan dengan hidangan yang special sikit nasi ayam laut nasi tomato..sodap tue...kami juga mengambil kesempatan untuk melawat rumah salah seorang usahawan yang mengusahakan kraftangan dari rotan...

Wednesday, October 22, 2008

Myres Hotel Kota Tinggi

Kami menginap di sini sebelum bertolak ke PID Bandar Tenggara.Hotel ni pun unik juga sebab kaunter reception dia kat atas tingkat 8 dan parking di bermula tingkat 6.Kami di maklumkan di sini salah satu hotel yang dikira ok..selain itu hotel juga menyediakan sarapan pagi jadi kami tidak payah untuk mencari tempat bersarapan.Selepas bersarapan kami meneruskan perjalanan....





PID Bandar Tenggara (17 oktober 2008-jumaat)
Kami tiba awal di PID dan kami diberitahu taklimat terpaksa dibuat diluar kerana PID akan banjir sekiranya hujan.Ini berpunca daripada syiling yang bocor.Kecian pula bila tengok penyelia dengan penolong dia..Apa pun ramai usahawan mereka yang aktif dalam membantu tak kira acara apa pun.Selain itu di masa taklimat berlangsung usahawan juga diberi peluang untuk mempamerkan produk mereka untuk dijual.Zana berharap KUS mereka akan terus success.Kami berharap produk yang di hasilkan mendapat pasaran.Amin...
kat si zana share gambar...

Wednesday, October 22, 2008


Bunggai Beach Resort

Inilah kisahnya....kami diantara satu-satunya tetamu yang menyinggah di sini...terdapat kisah seram yang menyelubungi ketika kami ke mari begitu meninggalkan kenangan...kami sepatutnya ke batu layar resort namun sepanjang perjalan 10km seperti yang dikatakan hanya ditemani hutan belantara...sehinggalah kami bertemu pantai yang cantik tetapi sunyi tak berpenghuni..senja mula melabuhkan tirainya namun tak juga bertemu resort tersebut akhirnya kami berpatah hati..sehinggalah kami bertemu resort nie....itu pun kebetulan pemilik resort ini hendak menutup pintu...memandangkan kami dalam keadaan darurat maka terpaksa menginap di situ....tapi cantik juga pemandangan di sini...
PID Bandar Penawar (16 oktober 2008 - Khamis)

Taklimat dibuat di Dewan KEJORA memandangkan sambutan yang hangat daripada usahawan-usahawan.Support di sini juga baik kerana pihak KEJORA banyak membantu dalam melanjarkan lagi KUS.Taklimat juga di buat dengan meriah kerana kebetulan mereka juga mengadakan jamuan hari raya.Tapi yang bestnya kami dapat hadiah dari usahawan yang ketika itu tidak dapat hadir.Selain itu KUS mereka juga telah membuat baju mereka sendiri dan ini melambangkan semangat yang berkobar-kobar.Perbincangan bertambah rancak apabila sesi mengenal komuniti high tension cable di adakan.Ramai usahawan yang bersetuju untuk memberikan komitmen dan di sini juga sebagai landasan mereka berkongsi pengalaman dan pengetahuan.Kami juga di jemput ke jamuan hari raya dan apa yang menarik semasa jamuan itu kami dijamu dengan ikan talapia peliharaan oleh salah seorang usahawan disitu (pak long).Selepas jamuan kami bersama sama ahli KUS melawat ke tapak tamanaman campur yang dimiliki oleh salah seorang usahawan muda (en Fansuri).Kami amat berpuas hati dengan sambutan dan sokongan mereka ke atas KUSPID.Apa lagi kat sini zana share gambar....
bersambug...