Saturday, October 18, 2008

Salam Ceria...

Ahad yang cerah...cuaca hari nie tak panas dan tak hujan...jadi kalau berterusan macam nie mesti mood ahad akan terus merelaxkan..Lama tak update blog nie tapi untuk kali nie banyak input yang nak dimasukkan..sebenarnya sepanjang 6 hari zana menjelajah bahagian selatan tanah air bagi melawat PID (Pusat internet Desa)..maka sepanjang perjalanan yang membawa sejuta makna nie zana akan share dalam blog nie..perjalanan bermula 13-18 oktober 2008 di mana kami bermula dari PID Kota - PID Tanjung Kling - PID Sg Mati - PID Pagoh - PID Sri Medan - PID Bandar Penawar - PID Bandar Tenggara dan berakhir di PID Labis.Berbagai pengalaman yang kami dapat.. maklumlah lain padang lain belalang..bermacam ragam dapat dilihat dan perjalanan kami juga banyak halangannya.

PID Kota 13 oktober 2008 - Isnin
Perjalanan untuk ke Pid Kota pada mulanya dihalangi dengan kesesakan lalulintas untuk ke Ukay Pedana bagi menjemput kak Laila.Namun alhamdulillah kak laila telah menunjukkan jalan untuk mengelakkan kesesakan.Maka kami dapat keluar dari kl jam 8.50am dan berhenti sarapan di hentian serdang.Dekat situ zana makan nasi lemak dan kami meneruskan perjalanan yang dikelilingi pemandangan rumah minang.Kami selamat tiba jam 10.35am ke Pid dan disambut oleh penyelia Kak Diana dan penolong tak ada masa tue.Di Pid Kota kebanyakkan ahli adalah kaum hawa dan selepas habis penerangan apa lagi...masa untuk makan..memandangkan masa lawatan kami masih dalam suasana hari raya makan juadahnya pun seperti sambutan hari raya.Makanan yang disediakan...walllah..mengancam diet...hehehehe.juadah yang disediakan ala negeri sembilan seperti masak lemak daging salai,pucuk ubi kayu masak lemak,udang masak sambal,rendang dan nasi impit.Yang lain kuih raya yang adusss..sedap tue...kebetulan usahawan membuat kuih bahulu dan tempeyek menjemput kami melawat kilangnya...Indah Sajja enterprise..kat situ kami dapat melihat pemprosesan bahulu dan cara membuat tempeyek...kat sini zana sertakan gambar
.

PID Tanjung Kling
13 oktober 2008 - Isnin
Selepas lawatan ke PID Kota kami meneruskan perjalanan untuk ke PID Tanjung Kling..Kami tiba di sana jam 3.20pm dan di sambut oleh penolong penyelia Zamila.Penyelia beliau baru sahaja berhenti dan alhamdulillah taklimat berjalan lancar dengan sokongan ahli KUS-TK.Di sini juga mengadakan jamuan hari raya dan apa yang menarik setiap ajk membawa juadah masing-masing.Kebanyakkan usahawan mereka mengusahakan kedai makan dan tak hairanlah makanan yang dijamu sedap belaka..antaranya bihun,lontong,kek dan pelbagai lagi.seterusnya kami meneruskan perjalanan ke hotel untuk merehatkan diri...Kami menginap di hotel selectstar.orait juga hotel nie walaupun lokasinya di belakang namun di dalamnya menarik...tapi yang tak tahan bila menginap di sini adalah payah untuk mencari kedai makan...hai...penat juga kami tawaf...akhirnya dapat juga kami menjamu selera...oklah time to rest..kat sini zana sertakan gambar.

0 Responses to "SiTe ViSiT JeLaJaH SeLaTan"

Post a Comment