Sunday, October 19, 2008

PaGi Yang Indah...sebelum kami bersarapan kami singgah menghirup udara pagi di muara..cantik juga pemandangan kat sini dan ramai juga yang datang untuk beriadah.Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke bandar Muar.Satu lagi perkara yang dipelajari tentang bandar Muar nie kerana bagi mereka memang kebiasaan bersarapan dengan sate.Kedai makan yang kami singgah nie juga menghidangkan sate.Tapi yang bestnya zana order mee rebus.Sedap tue...



PID Sri Medan (15.oktober.2008-rabu)
Sampai sahaja dekat PID Sri Medan zana terpukau sekejap dengan bangunan pejabat pos mereka.Rekabentuknya masih bertangga namun aktiviti di sini alhamdulillah berjalan lancar.Kami di sambut oleh penyelia kak imah dan penolong fauzan.Tetamu yang datang secara kebetulan ialah adun Datuk Ariss dan ketua-ketua kampung.Namun terdapat juga usahawan muda yang hadir.Taklimat berjalan lancar dan diakhiri dengan aktiviti mengenal komuniti (pohon masalah dan pohon peluang).Macam biasa untuk makan tengah hari kami di jamu bihun,donat dan kuih raya.Selepas itu kami juga di bawa melawat ke ladang salah seorang usahawan muda (along) yang mengusahakan ternakan lembu,arnab,ikan dan kambing.Selain itu beliau juga menghasilkan baja buatan sendiri yang diberi nama mas hitam.




1 Response to "SeTaPaK MeLaNgKaH...."

  1. RIZALY Says:

    Akhirnya siri penjelajahan ke selatan berakhir..ekeke..mmg byk la kenangan dan pengalaman ke cana..muakakka..mmg x leh lupa..:)

Post a Comment