Wednesday, October 22, 2008


Bunggai Beach Resort

Inilah kisahnya....kami diantara satu-satunya tetamu yang menyinggah di sini...terdapat kisah seram yang menyelubungi ketika kami ke mari begitu meninggalkan kenangan...kami sepatutnya ke batu layar resort namun sepanjang perjalan 10km seperti yang dikatakan hanya ditemani hutan belantara...sehinggalah kami bertemu pantai yang cantik tetapi sunyi tak berpenghuni..senja mula melabuhkan tirainya namun tak juga bertemu resort tersebut akhirnya kami berpatah hati..sehinggalah kami bertemu resort nie....itu pun kebetulan pemilik resort ini hendak menutup pintu...memandangkan kami dalam keadaan darurat maka terpaksa menginap di situ....tapi cantik juga pemandangan di sini...
PID Bandar Penawar (16 oktober 2008 - Khamis)

Taklimat dibuat di Dewan KEJORA memandangkan sambutan yang hangat daripada usahawan-usahawan.Support di sini juga baik kerana pihak KEJORA banyak membantu dalam melanjarkan lagi KUS.Taklimat juga di buat dengan meriah kerana kebetulan mereka juga mengadakan jamuan hari raya.Tapi yang bestnya kami dapat hadiah dari usahawan yang ketika itu tidak dapat hadir.Selain itu KUS mereka juga telah membuat baju mereka sendiri dan ini melambangkan semangat yang berkobar-kobar.Perbincangan bertambah rancak apabila sesi mengenal komuniti high tension cable di adakan.Ramai usahawan yang bersetuju untuk memberikan komitmen dan di sini juga sebagai landasan mereka berkongsi pengalaman dan pengetahuan.Kami juga di jemput ke jamuan hari raya dan apa yang menarik semasa jamuan itu kami dijamu dengan ikan talapia peliharaan oleh salah seorang usahawan disitu (pak long).Selepas jamuan kami bersama sama ahli KUS melawat ke tapak tamanaman campur yang dimiliki oleh salah seorang usahawan muda (en Fansuri).Kami amat berpuas hati dengan sambutan dan sokongan mereka ke atas KUSPID.Apa lagi kat sini zana share gambar....
bersambug...

0 Responses to "SeTaPak MeLaNkaH....."

Post a Comment