Sunday, October 19, 2008

Perjalanan diteruskan...kami bertolak dari hotel selectstar pada pukul 7.30am untuk bersarapan terlebih dahulu...di sungai mati tiada masalah untuk mencari kedai makan..




PID Sg Mati 14 Oktober 2008-Selasa

Sampai sahaja di PID Sungai Mati kami disambut oleh penyelia kak zaimah dan penolongnya azue.Walaupun begitu tetamu yang dijemput telah datang.Kawasan sekitar PID Sg Mati Luas dan tiada masalah untuk melakukan karnival.Alhamdulillah taklimat berjalan lancar dan semoga penerangan dari kak laila dapat menambah semangat mereka.Selapas tamat apa yang kami tak tahan ialah memang perut kami akan terisi..makanan yang dijamu boleh tahan..sate?...hehe kalau di Muar memang kebiasaan makan sate pada awal pagi...tapi juadah lain pun sedap..laksa johor,roti jala,kuih cara berlauk,kuih taiko dan nasi impit.Best tue sampai kami tapau buat balik.Seterusnya kami meneruskan perjalan ke PID Pagoh..









PID Pagoh
14 Oktober 2008-Selasa

Sampai sahaja ke PID pagoh kami berhenti solat dahulu kerana Masjid berada berhadapan dengan PID.Memandangkan majlis taklimat dibuat di Komplek Penghulu kerana sambutan yang hangat maka kami singgah sebentar melawat bangunan PID.Memandangkan Penyelia Kak ila dan penolong Hamdy adalah suami isteri maka PID mereka seolah-olah rumah kedua.cantik dan meriah.Selepas itu kami bertolak ke Komplek Penghulu untuk taklimat di sana.Sesampai sahaja kami di sana ramai juga ahli yang telah ada.Namun kami terpaksa menunggu sebentar lagi bagi membolehkan semua yang dijemput dapat mendengar taklimat tersebut.Sambutan juga amat menggalakkan kerana semua yang hadir mencecah 41 orang.Mereka terdiri daripada ajk kus dan usahawan yang berminat.Taklimat berjalan dengan lancar dan disudahi dengan aktiviti high tension cable.Apa yang menarik ramai juga usahawan yang berminat dan ada yang terdiri daripada warga emas.Sesudah taklimat kami diberi cenderahati bakul besar yang dibuat daripada kertas surat khabar.Seterusnya kami dijamu dengan bihun,kuih karipap pusing dan kuih apam coklat.Memandangkan aktiviti berjalan dengan agak lama maka kami tidak membuang masa lagi lalu bertolak untuk ke hotel...tibalah cabaran seterusnya...

Saturday, October 18, 2008

Salam Ceria...

Ahad yang cerah...cuaca hari nie tak panas dan tak hujan...jadi kalau berterusan macam nie mesti mood ahad akan terus merelaxkan..Lama tak update blog nie tapi untuk kali nie banyak input yang nak dimasukkan..sebenarnya sepanjang 6 hari zana menjelajah bahagian selatan tanah air bagi melawat PID (Pusat internet Desa)..maka sepanjang perjalanan yang membawa sejuta makna nie zana akan share dalam blog nie..perjalanan bermula 13-18 oktober 2008 di mana kami bermula dari PID Kota - PID Tanjung Kling - PID Sg Mati - PID Pagoh - PID Sri Medan - PID Bandar Penawar - PID Bandar Tenggara dan berakhir di PID Labis.Berbagai pengalaman yang kami dapat.. maklumlah lain padang lain belalang..bermacam ragam dapat dilihat dan perjalanan kami juga banyak halangannya.

PID Kota 13 oktober 2008 - Isnin
Perjalanan untuk ke Pid Kota pada mulanya dihalangi dengan kesesakan lalulintas untuk ke Ukay Pedana bagi menjemput kak Laila.Namun alhamdulillah kak laila telah menunjukkan jalan untuk mengelakkan kesesakan.Maka kami dapat keluar dari kl jam 8.50am dan berhenti sarapan di hentian serdang.Dekat situ zana makan nasi lemak dan kami meneruskan perjalanan yang dikelilingi pemandangan rumah minang.Kami selamat tiba jam 10.35am ke Pid dan disambut oleh penyelia Kak Diana dan penolong tak ada masa tue.Di Pid Kota kebanyakkan ahli adalah kaum hawa dan selepas habis penerangan apa lagi...masa untuk makan..memandangkan masa lawatan kami masih dalam suasana hari raya makan juadahnya pun seperti sambutan hari raya.Makanan yang disediakan...walllah..mengancam diet...hehehehe.juadah yang disediakan ala negeri sembilan seperti masak lemak daging salai,pucuk ubi kayu masak lemak,udang masak sambal,rendang dan nasi impit.Yang lain kuih raya yang adusss..sedap tue...kebetulan usahawan membuat kuih bahulu dan tempeyek menjemput kami melawat kilangnya...Indah Sajja enterprise..kat situ kami dapat melihat pemprosesan bahulu dan cara membuat tempeyek...kat sini zana sertakan gambar
.

PID Tanjung Kling
13 oktober 2008 - Isnin
Selepas lawatan ke PID Kota kami meneruskan perjalanan untuk ke PID Tanjung Kling..Kami tiba di sana jam 3.20pm dan di sambut oleh penolong penyelia Zamila.Penyelia beliau baru sahaja berhenti dan alhamdulillah taklimat berjalan lancar dengan sokongan ahli KUS-TK.Di sini juga mengadakan jamuan hari raya dan apa yang menarik setiap ajk membawa juadah masing-masing.Kebanyakkan usahawan mereka mengusahakan kedai makan dan tak hairanlah makanan yang dijamu sedap belaka..antaranya bihun,lontong,kek dan pelbagai lagi.seterusnya kami meneruskan perjalanan ke hotel untuk merehatkan diri...Kami menginap di hotel selectstar.orait juga hotel nie walaupun lokasinya di belakang namun di dalamnya menarik...tapi yang tak tahan bila menginap di sini adalah payah untuk mencari kedai makan...hai...penat juga kami tawaf...akhirnya dapat juga kami menjamu selera...oklah time to rest..kat sini zana sertakan gambar.

Tuesday, October 07, 2008


Wake up!!!!!!!!!!!!!!wah malasnya bekerja selepas raya nie...maklumlah mood raya masih menebal...tapi yang paling pening tahap dewa bila kejer belambak...setiap saat amat meletihkan..tup..letih..tup..letih..tup..letih...hehehe..bayangkan satu jam..satu hari..satu minggu..waaa. nak nangis urat kepala nie raser..banyak kerja kena siapkan minggu nie..tapi alangkah baik kalu masih kat rumah tunggu raya 6.hehehe..minggu nie nak buat persiapan untuk laporan sebelum g site visit..CCDP n PID..nasib PPIK belum lagi..minggu depan holiday sambil bekerja..apa lagi melawat PID bahagian selatan..harap menyeronokkan..tapi yang tak tahan kena kerja juga...haiyooooo....fening kepala...bersambung....

Tuesday, October 07, 2008

Eden tertarik apabila membaca email ni...rupanya begini cara yang terbaik bagi membaca surah yassin kepada mereka yang sedang nazak....

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,

dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin.

Sunday, October 05, 2008

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile
*#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:


1

2

3

4

5

6

7 th

8 th

9

10

11

12

13

14

15

Phone serial no.

x

x

x

x

x

x

?

?

x

x

x

x

x

x

x




IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health

Sunday, October 05, 2008


Selamat hari raya...hari untuk kita bersuka ria....wah....raya memang best tapi kena beringat juga al maklumlah takut nanti makan biskut kering lak...over budjet...tapi raya tahun nie agak meriah dari sebelumnya sebab ramai lak yang datang berkunjung sampai tak telayan lah...rumah tok ramai datang sampai sepupu sepapat yang jauh pun tetiba ada tahun nie...makanan tok tak terkira ler... masyukkk...laksa lemak, nasi tomato, nasi dagang, nasi minyak, nasi berlauk, tapai n sate....yang lain sumer kuih raya...raya kedua buat makan kat rumah sebab ramai member adik n member lama nak datang so buat nasi tomato n bakar sate.....raya ketiga buat steambot n laksa penang...raya keempat terus g raya umah orang lak...bercakap pasal makan...ajer...ni nak cerita tentang suasana raya...memandangkan tahun ini ramai sedara yang dah besar maka kami lebih suka duk umah sembang-sembang..manakala yang bebudak apa lagi operasi operandi kutip duit raya ler...pastu bila balik terus kira...tapi yang tak tahan habis sepupu sepapat yang kecil kutip duit raya dengan eden nie...sampai 2 tiga kali...tapi takper ler setahun sekali...nasib raya haji tak bagi duit raya...kalu tidak setahun 2 kali...hehehehe...bersambung.....



Thursday, September 25, 2008

Selamat hari raya..Saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua di atas kesilapan dan keterlanjuran yang dilakukan....marilah kita saling bermaafan semperna menyambut hari raya aidilfitri ini....

Tuesday, September 23, 2008

Bermula 21 hingga 25 sept 2008 kami telah mengadakan kursus PPIK yang terakhir...tapi kali ini best sikit sebab boleh tidur kat hotel ajer n tak yah nak terkejar- kejar...lagipun masa kat sini lebih awal tau..berbuka pun 6.37 petang...apa pun byk tempat boleh chopping tau...larat dgn tak larat aja...apa pun di sini ada gambar untuk kenangan...




Tuesday, September 23, 2008

jeng...jeng.....di Kuching kitak sekarang....sampai aja kat Kuching Serawak apa lagi kami terus masuk hotel Harbour View n terus g jalan-jalan kat area sini...best giler banyak betul kek lapis kat sini sampai pening giler nak pilih...kami ada juga naik boat pergi seberang untuk pergi kilang cara buat kek lapis tau..payah giler diorang nie nak buat..bagi yang bercorak tue makan masa 2 hari sebab tu mahal...jadi kat sini ada gambarnya...






Tuesday, September 23, 2008


Salam ramadhan...nampaknya tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya aidil fitri...tapi dalam tak sedar sayang pulak bila memikirkannya...apa pun untuk post kali ini nak cerita sikit tentang tentang majlis berbuka puasa dengan semua geng-geng wg..majlis tue memang meriah giler dengan kehadiran staff dan HOD..yang best nya makanan melimpah ruah sampai sorang boleh makan 3 rounds tue...apapun majlis tue juga merayakan harijadi fasha n majlis perpisahan khai yang akan berpindah kerja kat maxis...apapun di sini ada gambarnya.....





Thursday, September 18, 2008

Kabare...Lama dah tak update blog nie...sebenarnya bulan poser nie cibuk dooh....yang tak tahan nyer bukan cibuk berpuasa tapi cibuk duk ikut program..baru abis program PPik yang second kat hotel Vistana...macam biasa peserta kali nie sporting tapi yang sakit sikit sebab terpaksa terkejar-kejar nak balik...takut tak sempat nak buka poser..peserta yang sepatutnya datang 100 lebih tetapi yang hadir pada hari tue 66 sahaja..yang tak datang best jugak tau dapat g serawak...kalau tau saja cari reason sakit kan...hehehe...memandangkan tempat kali nie kecik sikit dari dewan yang first jadi tenaga yang dikeluarkan tak da ler banyak sangat..tapi cam biasa bila puasa tak leh minum tapi bila bercakap kering giler tekak. bila hari ketiga..wah rasa yahooooo.dah nak habis ....bila msk opis aja dah kerja bertimbun...hai...apa-apa pun kerana kerja nie berkaitan untuk membantu komuniti orait ajer...ada gambar nak share niee...

Thursday, September 11, 2008

Cantik tak gambar nie...

Nie bukan sebarangan tau...ini dinamakan contengan seni..lawa giler macam real ajer..wallah