1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.
|
0
comments
|
edit
Ho..Ho..Hoo...nampaknya suasana bercuti untuk meraikan hari krimas semakin hampir..selamat menyambut hari natal untuk rakan sekerja yang comel mau...sekarang nie dia dah cuti balik serawak..by the way zana baru habis program hari ict bersama komuniti dan majlis penutupan ccdp di Pusat Latihan UITM Tanjung Tualang Kg Gajah kat Perak pada 17 dan 18 disember 2008.Di sini berlaku 3 program sekaligus iaitu perjumpaan ejen perubah dan pengusaha,hari ict untuk komuniti yang di panggil khas datang ke situ serta yang ditunggu-tunggu majlis penutupan dan penganugerahan hadiah dan plag untuk pemenang PPKR 4.Apa yang boleh dikongsi ialah peserta yang sporting walaupun terdiri daripada warga emas.Mereka memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap program yang dianjurkan.makanan pun boleh tahan beb...apa pun dengar kata kontrak warisan akan disambung lagi 6 bulan untuk ppkr 5 nanti..ingatkan dah tamat tapi masih bersambung lagi...gambar akan menyusul kemudian....
|
0
comments
|
edit
|
0
comments
|
edit